Thursday, January 29, 2009

KEMUKJIZATAN AZAN DAN ANGKASAWAN AMERIKA

Astronaut pertama yang menjejaki de permukaan bulan adalah Neil Amstrong yang kemudian mengumumkan diri masuk Islam dan akhirnya dipecat dari jawatan beliau. Namun, dia menerima pemecatan itu dengan hati yang lapang, "Saya kehilangan pekerjaan saya, namun saya menemui Allah".

KISAH PENGISLAMAN NEIL AMSTRONG

Selepas berjaya menjejakkan kaki ke bulan, beliau sempat berkunjung ke Cairo. Di sana, beliau telah terdengar azan. Ketika itu, beliau terpaku dan kagum mendengar azan, lalu para pemandu pejalanan menerangkan bahawa azan adalah untuk mengingatkan muslim untuk bersolat.

Selang beberapa hari, beliau menyatakan bahawa beliau telah mendengar azan dengan jelas ketika beliau memijakkan kaki ke bulan dulu. Di Amerika, beliau mula mempelajari ilmu Islam dan prinsip-prinsip ajarannya hingga akhirnya beliau memeluk Islam.

Oleh sebab itu, beliau dipecat oleh NASA tapi beliau menerima dengan penuh keimanan dan kepercayaan kepada Allah.

Read More...

Friday, January 23, 2009

Assalamualaikum

Blog yang bertajuk Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran dan Sunnah ini mengisahkan tentang kejadian dan penemuan dari segi sains dalam kehidupan kita, yang mana telah diceritakan secara mendalam di dalam Al-Quran. Segala yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya sudah ada di dalam Al-Quran. Cuma kita sebagai islam tidak mahu meneroka dan mengkaji isi kandungannya.

Jadi, bersediakah kita mengkaji isi Al-Quran agar kita tidak lagi bergantung dengan dunia barat? Diharap keajaiban yang bakal dikupas sedikit sebanyak memberi ilham kepada umat islam agar gigih meneroka ilmu terutama ilmu sains seperti saintis silam.

Pengarang sebenar buku ini adalah Yusuf Al-Hajj Ahmad pada tahun 2003. Jadi, afifsempoi akan cuba mengupas sedikit sebanyak pemahaman beliau dari buku ini untuk dikongsikan dengan pembaca. Wassalam.

Read More...

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template